TEMBOK BESAR CHINA

Selasa, 27 Ogos 2019

MONUMEN BERSEJARAH

SEJARAH

TAHUKAH ANDA?

TUGASAN 3:PENGHASILAN PRODUK

(BLOG)
secara individu,pelajar dikehendaki mengahasilkan satu blog yang berkaitan dengan salah satu daripada bidang berikut,sosial,sejarah,keusahawanan,pendidikan atau teknologi.Kandungan maklumat yang berinformasi berkaitan bidang yang dipilih dan grafik yang sesuai perlu dimasukkan dengan menggunakan kemahiran TMK melalui aplikasi perisian komputer bagi menjadikan blog itu menarik


Bak kata lagu dari newboyz,tomok (sejarah mungkin berulang)

        Perkataan sejarah amat sinonim dengan setiap individu yang hidup di muka bumi ini.Setiap orang mempunyai sejarah hidupnya yang tersendiri.Jika kita lihat pada masa kini terdapat pelbagai jenis tinggalan sejarah yang masih ada di dunia ini khususnya,seperti monumen tinggalan,barang-barang perdagangan dan sebagainya.Antara contoh monumen sejarah yang masih gah pada masa kini  ialah Tembok Besar China.


Hasil carian imej untuk gambar tembok besar china
TEMBOK BESAR CHINA (foto dari bernama)

Jika dilihat terhadap monumen bersejarah ini ,pastinya tersimpan banyak rahsia di sebalik monumen yang gah ini.




 SEJARAH RINGKAS TENTANG TEMBOK BESAR CHINA

     Tembok besar china ini mulanya dibina pada zaman  Dinasti Qin iaitu sewaktu pemerintahan   Maharaja Qin Shihuang.Tembok besar China ini dibina pada mulanya untuk melindungi negara China dari serangan musuh iaitu orang gasar.Pada era Dinasti Qin tembok ini dibina sepanjang 2,414 km.Tetapi pada zaman Dinasti Ming,pembinaan tembok ini diteruskan dan disempurnakan sehingga panjangnya mencecah sepanjang 21,000 km.Tetapi pada masa sekarang tembok besar china hanya sepanjang 8,851 km.Akibat tembok ini terlalu panjang ia sukar dipelihara dan dijaga,ada sebahagiannya runtuh dan ada juga yang musnah.Walaupun begitu, binaan ini jauh meninggalkan pesaing-pesaing binaan terpanjang manusia yang lain seperti Grand Canal,Lebuhraya Pan-America dan Tembok Dingo yang panjangnya 5600 km yang dibina di Australia pada tahun 1880-an bagi membendung penyebaran wabak arnah pada ketika itu.


MERUPAKAN BINAAN TERPANJANG YANG DICIPTA OLEH MANUSIA

pelan rekabentuk tembok besar china

    Maharaja Qin Shihuang atau lebih dikenali dengan Shi Huang Ti,adalah seorang pemerintah yang paling berkuasa di China pada ketika itu.Beliau telah berjaya menyatukan seluruh daratan China sekitar tahun 221 MS.Shi Huang Ti merupakan seorang pemerintah diktator dan juga seorang pengasas empayar yang gah suatu ketika dahulu.Walaupun beliau seorang pemerintah diktator,beliau juga membawa banyak kemajuan bagi empayarnya ketika itu.Contohnya,memperkenalkan sistem mata wang,menyederhanakan aksara China dan memajukan sistem pendidikan.

   Tembok besar China ini memerlukan sekitar 300 ribu orang buruh paksa untuk membina dan menyiapkannya.Maharaja Shi Huang Ti telah mengarahkan lebih 300 ribu orang buruh paksa untuk membina The Great Wall of China ini.Menurut catatan sejarah,selama 10 tahun pembinaanya,puluhan ribu orang telah terkorban dan rata-rata mereka yang mati akibat kelaparan dan keletihan.Tidak hairanlah tembok besar ini merupakan salah satu tempat yang paling berhantu di dunia kerana ia telah meragut berpuluhan ribu nyawa semasa proses pembinaanya.Tembok besar China ini juga pernah digelar sebagai "perkuburan terpanjang di Dunia".Mengikut cerita,mangsa yang meninggal akan dikebumikan di sepanjang dinding tembok besar tersebut.Terdapat juga legenda mengenai Tembok besar China.Antara legenda yang popular ialah Meng Jiangnv yang kehilangan suaminya semasa tembok besar ini dibangunkan.Tangisan Meng Jiangnv amat memilukan sehingga salah satu bahagian dari tembok besar china runtuh dan memperlihatkan tulang belulang suaminya dan dapat menguburkan tulang belulang suaminya.

ANGGARAN PEMBINAAN TEMBOK BESAR CHINA INI 1700 TAHUN HINGGA 2000 TAHUN.
BONGKAHAN BATU BATA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA TEMBOK INI DILEKATKAN DENGAN BERAS PULUT DAN KAPUR.


PENGHUJUNG TEMBOK BESAR

Penghujung tembok besar china di barat berakhir di top lake,sedangkan penghujung timurnya berakhir di Shanhaiguan,Laut Bohai.Shanhaiguan atau Shanghai pass digelar sebagai "old dragons head" atau disebut juga dengan "laolongtou.Di sini terdapat menara pemantau dan juga sebuah kuil.Dua tempat ini adalah tempat yang popular.Menara pemantau digelar sebagai Changtai Tower manakala kuil pula dipanggil Nereus Temple.Kuil tersebut pernah didatangi oleh para maharaja pada zaman Dinasti Qing.





TAHUKAH ANDA?

Tembok Besar China ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran untuk filem yang bertajuk
"The Great Wall".Filem ini mengisarkan tentang sekumpulan makhluk ganjil yang akan datang menyerang China setiap 60 tahun sekali.China bertanggungjawab untuk menghentikan serangan daripada makhluk ganjil itu sebelum makhluk tersebut berjaya memusnahkan seluruh dunia.Tembok besar China memainkan peranan penting dalam mempertahankan China daripada dimasuki oleh makhluk ganjil yang hendak menyerang negara tersebut.Filem ini juga berkisar tentang strategi peperangan yang digunakan untuk mempertahankan negara China.







4 ulasan: